Thursday 25 August 2011

Sebenarnya, Allah Ambil Dia Untuk Uji Kita


                         






Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.

            
      
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal.

                    



Itu bukan untuk menghukumi kita.

Tetapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi, lebih dari yang kita mahu lakukan... Wallahu'alam :)            

Monday 15 August 2011

Kenapa Anda Masih Belum Kahwin


Mungkin anda pernah ditanya, "Kenapa masih belum berumahtangga lagi?"Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi.”

                  

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, "Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Namun tahukah anda yang sememangnya sejak azali Allah telah menciptakan manusia berpasang-pasangan??? Jadi, untuk apa yang hendak dirisaukan sekiranya anda masih belum berkahwin? Mohonlah pada Maha Pencipta supaya anda ditemukan dengan jodoh yang telah ditentukan di'atas' sana. Allah Maha Mendengar...

               

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahawa seorang ulama sunni pernah berkata, "Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya."

        
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t. Apabila Tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan "sesuatu yang terbaik", kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan "sesuatu yang terbaik" kepada makhlukNya, bermakna DIA sedang melimpahkan RahmatNya kepada makhluk itu.

           

Mungkin selepas ini, jika anda ditanya oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, "Kenapa masih belum berumahtangga lagi?", jawapan yang sesuai adalah, "semua ini adalah Rahmat Allah s.w.t.."