Friday 27 January 2012

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

     

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

01 Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


02 Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)


03 Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan


04 Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.


05 Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.


06 Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik


07 Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang


08 Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya


09 Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
  
    

10 Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam


11 Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.


12 Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w


Kiamat Bermula
Al Quran diangkat
Nama Allah tidak disebutkan lagi
Gempa Bumi Tiga penjuru
Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
Asap dari bumi
Musnahnya Makkah dan Baitullah
Semua Umat Islam dimatikan
Matahari Naik di sebelah Barat
Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

  


Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
Mahsyar
Dimanakah kita?

Friday 13 January 2012

Halangan Untuk Jadi Baik

         

   

Salam saudara/saudari yang dirahmati Allah... Saudara/Saudari tau tak apa-apa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan halangan untuk menjadi baik?

Kalau setakat mahu ayat al-Quran, kita boleh rujuk di beberapa tempat dalam al-Quran. Tapi yang popular dan sering kita dengar menerusi ceramah atau kuliah ustaz-ustaz, tak kiralah dari saluran manapun, ayat 14 daripada surah Ali-Imran sering diperdengarkan.

"Dijadikan terasa indah kepada manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang berlonggok berupa emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik"

Dalam ayat tu kita dah nampak beberapa ujian kepada manusia. Pertama, wanita (ujian bagi lelaki) atau lelaki (ujian bagi wanita). Kedua, anak-anak. Ketiga, harta benda yang bermacam jenis.

Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid... dengan majlis ilmu... dengan ulama... tapi isteri mereka kata, "Abang tak payahlah keluar malam ni. Temanlah Mah (bukan nama sebenar) kat rumah. Mah takut bang."

Ada orang nak mendekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis ilmu, dengan ulama... tapi anak-anaknya merengek, "Daddy... Daddy bila nak bawa kami pergi funfair lagi?"

Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis taklim, dengan ulama... tapi kerana harta, langkahnya tercatu. "Aku sibuk sangat ni. Overtime sampai pukul lima pagi. Esok pukul lapan pagi pulak dah kena punch-card."

Selain itu, kita juga boleh rujuk ayat 24, surah At-Taubah.

"Katakanlah wahai Muhammad: 'Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Dalam ayat ini pun Allah katakan bahawa penghalang kita itu utamanya datang daripada kaum keluarga dan harta benda kita.

Realitinya memang begitu.

Nak buat maksiat, senang. Bahkan sangat mudah. Tak ada siapa nak bising. Tak ada siapa nak halang. Kadang-kadang siap diberikan layanan istimewa. Diberikan sokongan dan bantuan pula!

Tapi nak buat baik, habis semua orang nak bising. Semua orang pandang kita pelik semacam.

Saudaraku kesemuanya. Mari kita sama-sama melihat kepada dua penghalang utama manusia untuk merangkak kearah kebaikan.

Pertama, hawa nafsu.

Kedua, syubhah atau ragu-ragu.

Golongan yang mengikut hawa nafsu ini Allah rakamkan dalam surah al-Fatihah sebagai golongan yang dimurkai. Mereka ini ialah orang-orang Yahudi. Orang islam yang bermentaliti Yahudi ialah orang-orang yang tahu kebenaran, tahu tuntutan. Bahkan antara mereka ada juga yang alim tapi malangnya mereka tidak mampu untuk beramal. Kenapa?

Saya sering tertanya-tanya. Semua orang tahu solat berjemaah, pahalanya ialah 27 kali ganda berbanding dengan pahala solat sendirian. Sedangkan pahala yang 1 itu pun belum tentu dapat lagi! Tapi kenapa surau-masjid kita tak sepenuh kedai makan? atau stadium?

Ini bukan kerana mereka jahil, tapi kerana mereka punya hawa nafsu yang membelit seperti ular sawa.

Tak mahu beramal. Tak mahu berakhlak.
Kerana diri sukakan dunia. Hawa nafsulah tu!


Ini ialah rentetan daripada kesombongan, kezaliman dan juga banyaknya kita bermaksiat. Bukankah kerana banyak bermaksiat, hati akan jadi mati? Dan kalau hati sudah mati, pasti ia akan membusuk... bernanah serta berulat, lalu menimbulkan kesan yang buruk-buruk sahaja kepada alam keliling.


Maka, satu-satunya ubat bagi penyakit hawa nafsu ini ialah mujahadah. Bersungguh-sungguh lawan keinginan nafsu. Letak dalam otak, bahawa Allah sedang menilai kita dan akan memberikan kita jalan-jalan (bukan satu jalan sahaja) untuk mendapatkan redha-Nya.

Sebagaimana firman-Nya dalam ayat 69 pada surat al-Ankabut: "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik."

Jihad dalam ayat diaatas bukan bermakna perang kerana ayat peperangan turun selepas turunnya ayat itu. Maka jihad yang dimaksudkan itu ialah kita bersungguh-sungguh mencari jalan untuk pulang kepada-Nya.

Saya suka melantunkan ayat ini di dalam hati, 'Fafirru illallah'- Berlarilah kepada Allah! Kerana fitrah orang yang berlari ialah jasadnya akan sentiasa berada di hadapan. Ini bermakna orang yang berlari kepada redha-Nya ialah orang 'will never turn back to Jahiliyyah'.

Baiklah. Ringkasnya, begitu.

Kedua, yang menghalang manusia mendekati makruf ialah kerana syubhah- keraguan, syak, atau kejahilan.

Ini ialah orang kristian. Mereka Allah umpamakan sebagai golongan yang sesat, yang mana mereka tidak bertemu dengan jalan kebenaran. Mereka ialah orang yang terkeliru. Yang benar, mereka katakan sebagai salah tapi yang salah mereka anggap sebagai kebenaran sampaikan tahap mereka sanggup menyembah manusia!

Itulah dia ciri-ciri manusia yang jahil dan ragu-ragu.

Penawar bagi sakit ini cuma satu- menuntut ilmu. Jika kita sudah 'clear' tentang hakikat, insya-Allah kita akan lebih terdorong dan terlorong untuk beramal soleh, seterusnya menjadi hamba-Nya yang rabbani.
Berubah Ke Arah Kebaikan

Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.


"Siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,"


Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?

Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?

Baik itu bagaimana sebenarnya?

Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.

Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.

Bagaimana pula boleh separuh?

Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.

Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?

Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, dan sebagainya.

Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Halaqah, Semanis Kurma, 30 Minit Bersama Ustaz Don, al-Kuliyyah dan sebagainya.

Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.

Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.

Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.

Bukankah itu adalah potensi?

Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.


       





Ada orang meninggalkan kebaikan kerana takut riak.
Bolehkah riak dihapuskan dengan meninggalkan amal?. Sebenarnya
riak boleh dihapuskan dengan memperbetulkan niat. Niat hanya boleh hadir
dengan memperbetulkan matlamat hidup hanya untuk Allah,
tiada syirik
padanya..
Matlamat hidup boleh disetkan dengan

memahami siapa kita siapa Allah,
apa dunia apa akhirat...
Wallahu'alam...