Tuesday 12 July 2011

Takdir Allah S.W.T Mengatasi Segala Perancangan Manusia

Nabi Yakub adalah putra Nabi Ishak dan cucu Nabi Ibrahim. Ia dikenal juga dengan nama Isra’il, sehingga anak keturunannya disebut Bani Isra’il. 

Suatu hari, Malaikat Maut datang mengunjungi Nabi Yakub. Melihat kedatangan malaikat itu, Nabi Yakub bertanya, “Wahai Malaikat Maut, engkau datang untuk mencabut nyawaku atau hanya sekedar berkunjung?”

“Aku datang hanya untuk berkunjung saja,” jawab Malaikat Maut.

“Baiklah kalau begitu,” kata Nabi Yakub. Dalam percakapan selanjutnya, Nabi Yakub bertanya pada Malaikat Maut, “Bolehkah aku memohon satu permintaan kepadamu?”

“Apa permintaanmu, wahai Nabi Allah?”

“Jika sudah tiba waktunya nanti, ketika engkau telah diutus untuk mencabut nyawaku, tolong berilah tanda kepadaku sebelumnya.”

“Baiklah,” jawab Malaikat Maut menyanggupi permintaan Nabi Yakub.





                     

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun pun berganti tahun. Malaikat Maut datang kembali dan bertemu Nabi Yakub. Seperti biasa, Nabi Yakub bertanya, “Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku atau sekedar berkunjung?”

“Kali ini aku diutus untuk mencabut nyawamu.”

“Bukankah engkau telah berjanji untuk memberi tanda sebelum saat ini terjadi?” kata Nabi Yakub.

“Benar, dan aku telah melakukan itu. Hanya saja kamu tak menyedarinya. Aku telah pun mengirim utusan kepadamu. Rambutmu yang dulu hitam kini telah memutih. Tubuhmu yang dulu kuat kini telah lemah. Dulu kamu berjalan dengan tubuh tegak sekarang menjadi bongkok. Tidakkah kau sedar, semua itu adalah utusan ku pada anak Adam sebelum ajal menjemputnya?”

Wallahu 'alam



                             






                   

Friday 8 July 2011

Apabila Ustazah Jatuh Cinta

Ustazah jatuh  Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.

                         
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

                           
Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan  jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

                         
Alangkah kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

                         
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.

                        
Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia.. icon sad Apabila Ustazah Jatuh Cinta

Thursday 7 July 2011

Memilih Teman

Diriwayatkan oleh muslim daripada Abu Musa  r.a.. Rasullallah S.A.W bersabda:

"Teman yang baik dengan yang buruk diibaratkan seperti seorang penjual minyak dengan seorang tukang yang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi boleh memberi kamu minyak wangi atau kamu membeli daripadanya, dan kamu dapat mencium wanginya. Sedangkan berteman dengan pandai tukang besi boleh membuat baju kamu terbakar atau mencium bau yang tidak sedap."

                   

Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "sesesorang itu berada pada agama temannya maka lihatlah olehmu siapa temannya.."

                            

Seorang yang soleh pula pernah berkata, "Kamu hendaklah berteman dengan orang yang selalu mengingatkan mu kepada Allah S.W.T, jika kamu melihatnya, sehingga dia terpateri didalam dadamu.
Keadaannya membuat kamu dimotivasi terhadap perbuatan kamu, perkataannya menambahkan amalan kamu, dan perbuatannya membuat kamu zuhud didunia, sehingga kamu tidak akan berbuat maksiat kepada Allah S.W.T, selama kamu berada di dekatnya. Dia menasihati kamu dengan perbuatannya bukan dengan perkataannya. 

                         

Oleh kerana itu, saya menganjurkan kepada sahabat-sahabat yang membaca coretan ini hindari lah orang-orang yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, kerana dunia ini sudah hampir ke penghujungnya.. Dan carilah teman yang baik yang dapat membantu kita untuk taat kepada Allah S.W.T.. Wallahua'alam..

                            


Saturday 2 July 2011

Berikan Dan Lupakan

Suatu malam hujan turun dengan lebat diiringi angin kencang dan petir yang sabung – menyabung, telefon berdering di rumah seorang doktor
”Isteri saya sakit,” terdengar suara minta pertolongan.
”Dia sangat memerlukan doktor segera.
Si doktor menjawab, ”Kalau begitu, encik perlu  menjemput saya, kereta saya sedang masuk bengkel.”
Mendengar jawapan itu, lelaki tersebut menjadi berang. ”Apa ?!” katanya dengan marah. ”Saya harus pergi menjemput doktor pada malam yang berhujan lebat ini?!”


                          Charity by 3belas Berikan Dan Lupakan

Mari renungkan cerita diatas. Kita sentiasa meminta sesuatu daripada orang lain. Sayangnya, kita seringkali lupa untuk memberi. Kita tak sedar bahawa apa – apapun yang kita berikan sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri. Di dunia ini tiada yang percuma. Segalanya ada harganya.

Seperti membeli barang, kita harus memberi terlebih tahu dahulu ciri – ciri barangan yang kita mahu sebelum meminta barang tersebut. Kalau kita seorang penjual, kita pun harus memberikan layanan kepada pelanggan dan memberi mereka mencuba produk sebelum meminta wang mereka. Inilah konsep ”memberi sebelum meminta” yang sayangnya sering kita lupakan dalam kehidupan seharian. 


                                  

Padahal ”memberi sebelum meminta” adalah sebuah hukum alam. Kalau kita ingin anak kita mendengar apa yang kita katakan, kitalah yang harus memulakan dengan mendengar keluh kesah mereka. Kalau kita ingin anak murid kita belajar dengan gigih, kitalah yang harus memulakan dengan memberikan perhatian, dan suasana yang kondusif. Kalau kita ingin disenangi dalam pergaulan, kita harus memulakan dengan memberikan bantuan dan cakna kepada orang lain.

Orang yang tak mahu memberi adalah mereka yang sentiasa dihantui perasaan takut miskin. Inilah orang-orang yang ”miskin” dalam erti yang sebenarnya. Padahal, didunia ini hanya berlaku hukum keabadian tenaga (kalau anda belajar fizik, anda akan tahu prinsip ini). Kalau kita memberikan tenaga positif kepada dunia, tenaga itu tidak akan hilang. Ia pasti kembali kepada kita.

Persoalannya, banyak orang mengharapkan balasan atas perbuatan baiknya dari orang yang ditolongnya. Ini adalah suatu kesalahan. Dengan melakukan itu, kita telah membuat bantuan tersebut menjadi tak bernilai. Kita mempraktikkan suasana dimana ”Ada Udang Disebalik Batu.” Kita tidak ikhlas dan tidak tulus.  Percayalah, ini pasti akan dapat dirasakan oleh orang yang menerima pemberian kita. Kepercayaan yang kita ingin wujudkan telah bertukar menjadi kecurigaan.


                                           

Memang,  semua orang di dunia ini sentiasa memikirkan kepentingan dirinya sendiri. Namun, kita dapat membezakannya diantara dua jenis orang. Orang pertama kita sebut sebagai orang yang egois. Merekalah orang yang selalu meminta tetapi tidak pernah memberikan apa – apa pun untuk orang lain. Orang ini pasti dibenci dimana pun dia berada.
Jenis orang kedua adalah orang yang juga mementingkan diri sendiri, tetapi dengan cara mementingkan orang lain. Mereka membuat orang lain bahagia agar mereka sendiri menjadi bahagia. Ini sebenarnya juga konsep mementingkan diri sendiri tetapi sudah diperhalusi. Kalau kita selalu memberikan perhatian dan bantuan kepada orang lain, banyak orang yang akan menghormati dan membantu kita. Kalau demikian, kita sebenarnya sedang berbuat baik pada diri kita sendiri.
Bagaimana kalau kita berbakti dengan menolong kanak – kanak terlantar sakit dan orang-orang miskin?
Ini juga  sebenarnya adalah tindakan ”mementingkan diri sendiri dengan cara mementingkan orang lain.” Kita mungkin tak setuju dan mengatakan, ”Bukankah saya tidak mendapat apa-apa. Saya kan bekerja dengan sukarela” .
Memang benar, kita tidak mendapatkan apa-apa secara material, tetapi apakah kita langsung tidak  dapat apa-apa? Jangan silap, kita tetap akan mendapat sesuatu iaitu kepuasan jiwa. Kepuasan jiwa  inilah yang kita cari.
Jadi, apa – apa pun yang kita lakukan didunia ini,  semuanya adalah untuk kepentingan kita sendiri. Orang – orang yang ego  tidak akan memahami hal ini. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang merosakkan diri mereka sendiri.
Orang – orang yang baik budinya sedar bahawa kejayaan dan kebahagiaan akan dapat dicapai kalau kita membuat orang lain senang, menang, dan bahagia. Hanya dengan cara itulah kita akan dapat menikmati kemenangan kita dalam jangka panjang. Inilah hukum Menang-Menang (win-win situation) yang berlaku dimana sahaja, bila – bila masa  sahaja dan untuk sesiapa sahaja. 
Give and Forget or Give to Get?