Thursday 7 July 2011

Memilih Teman

Diriwayatkan oleh muslim daripada Abu Musa  r.a.. Rasullallah S.A.W bersabda:

"Teman yang baik dengan yang buruk diibaratkan seperti seorang penjual minyak dengan seorang tukang yang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi boleh memberi kamu minyak wangi atau kamu membeli daripadanya, dan kamu dapat mencium wanginya. Sedangkan berteman dengan pandai tukang besi boleh membuat baju kamu terbakar atau mencium bau yang tidak sedap."

                   

Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "sesesorang itu berada pada agama temannya maka lihatlah olehmu siapa temannya.."

                            

Seorang yang soleh pula pernah berkata, "Kamu hendaklah berteman dengan orang yang selalu mengingatkan mu kepada Allah S.W.T, jika kamu melihatnya, sehingga dia terpateri didalam dadamu.
Keadaannya membuat kamu dimotivasi terhadap perbuatan kamu, perkataannya menambahkan amalan kamu, dan perbuatannya membuat kamu zuhud didunia, sehingga kamu tidak akan berbuat maksiat kepada Allah S.W.T, selama kamu berada di dekatnya. Dia menasihati kamu dengan perbuatannya bukan dengan perkataannya. 

                         

Oleh kerana itu, saya menganjurkan kepada sahabat-sahabat yang membaca coretan ini hindari lah orang-orang yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, kerana dunia ini sudah hampir ke penghujungnya.. Dan carilah teman yang baik yang dapat membantu kita untuk taat kepada Allah S.W.T.. Wallahua'alam..

                            


1 comment: