"semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia Mariam, menjadi wanita faqihah sebijak Aishah, menjadi perempuan tabah, sekukuh hati Asiah, menjadi serikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah, menjadi insan indah seanggun akhlaq RabiatulAdawiyah, menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah, semoga berjaya menjadi perempuan & kekasih idaman setiap kalbu kecintaan Tuhanmu"...
Friday 23 December 2011
Ketika Lelaki Menangis
Siapa Kata Lelaki tak pernah Menangis?
bahkan kadang jiwa dan hatinya lebih halus dari wanita
tersembunyi di balik kegagahan wajahnya
Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu
di depanmu..
tapi yakinlah di saat engkau tidak tahu
di jejak dia berangkat kerja
atau dalam duduk tafakur setelah solatnya
kadang air mata itu tumpah
Kerana akal mendominasi jiwanya
maka yang kau temukan hanya kekerasan
tapi cuba kau tengok matanya
setelah ia mengimamkan solat tahajud malam itu
ada kilatan cahaya embun yang menitis dalam kekerasan
atau ketika dia tertunduk letih
setelah berjam-jam mencari nafkah
lihat sejenak mata itu
maka mata adalah cermin jiwa
Maka menangislah Umar bin Khattab ketika
mengetahui ada rakyatnya yang kelaparan
sementara kita tahu, bagaimana tegasnya
susuk sifat lelaki ini
tapi air matanya pun tumpah
Inilah Sifat Lelaki
sifat suami yang Allah menatapnya dengan kerinduan
Mereka menjemput pagi dengan harapan
dan membawa malam dengan asa
Lihat lah Lelaki yang saat ini menjadi suamimu
sesungguhnya Syurgamu
ada pada Keredhaan-Nya…..
Lihatlah Lelaki yang Allah Mengatakan lewat lisan
Nabi SAW kita..
Merekalah Lelaki Soleh
yang menumpakan air matanya
seraya lisan dan hatinya berdoa…
Inilah Lelaki dan Suami Soleh
idaman bidadari tak hanya bidadari bumi
tapi juga Bidadari Syurga, yang mengintip Menanti..
Subhanallah :)
Tuesday 8 November 2011
9 Benda Allah Tidak Akan Tanya
1. Allah (SWT) takkan tanya apakah jenis kereta yang kita pandu:
Tapi Dia akan soal berapa banyak orang yang kita tumpangkan bila mereka tiada kenderaan
2. Allah (SWT) takkan tanya berapa kaki persegi luas rumah kita:
Tapi Dia akan soal kita berapa ramaikah orang yang dijemput hadir ke rumah kita
3. Allah (SWT) takkan tanya berapa banyak pakaian yang kita ada dalam almari:
Tapi Dia akan tanya berapa ramai orang miskin yang kita tolong berikan pakaian
4. Allah (SWT) takkan tanya berapa gaji tertinggi kita pernah dapat:
Tapi Dia akan tanya bagaimana cara kita mendapatkan gaji tersebut
5.Allah (SWT) takkan tanya apa jenis pekerjaan anda;
Tapi Dia akan tanya adakah kita telah melakukan kerja kita dengan sebaik mungkin?
6. Allah (SWT) takkan tanya berapa ramai kawan yang kita ada;
Dia akan tanya dengan siapa kita berkawan itu.
7. Allah (SWT) takkan tanya dikawasan kejiranan manakah kita tinggal;
Tapi Dia akan soal bagaimana kita melayan jiran tetangga kita
8. Allah (SWT) takkan tanya apakah warna kulit kita;
Tapi Dia akan soal bagaimanakah akhlak kita.
9. Allah (SWT) takkan tanya mengapa kita lambat untuk meminta ampun dariNya;
Dia Maha Penyayang akan menerima taubat kita dan akan membawa kita ke Syurga, bukan ke pintu Neraka.
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba Ku yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-
dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS: Az-Zumar:53)
Monday 12 September 2011
13 Ciri Lelaki Yang Layak Dicintai
Berikut adalah 13 ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnya, lelaki yang layak dicintai
13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:
Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.
“…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”
Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi)
Thursday 25 August 2011
Sebenarnya, Allah Ambil Dia Untuk Uji Kita
Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi, lebih dari yang kita mahu lakukan... Wallahu'alam :)
Subscribe to:
Posts (Atom)