Thursday 30 June 2011

Seandainya Lelaki Mengandung

Seandainya lelaki mengandung.
Mungkin macam kelakar je tajuk entri kali ini. Tapi ini serius! ( hehe.. takde la, gurau je ). Tetapi tajuk ini membuat saya terfikir seandainya  lelaki berada ditempat perempuan, mengalami saat sukarnya melahirkan anak.
Pada saya, apabila seorang lelaki mengetahui apa itu makna mengandung, tentulah dia akan rela senang hati mengganti posisi isterinya melahirkan zuriat. Bahkan, mungkin lelaki sanggup mengandung berkali-kali demi mengalami kesaksian yang sangat berharga itu.  

                        Catharsis Zephyr by Aoi is Love Seandainya Lelaki Mengandung..  
Namun, hanya wanita sahaja lah  yang dapat mengetahui proses kejadian manusia mulai dari awal sehingga kelahiran. Lelaki hanya tahu dari kata-kata orang lain sahaja.
Lelaki tidak pernah merasakan bagaimana sebuah proses kejadian manusia dari tiada kepada ada. Lelaki tidak pernah mengalami sebuah kesaksian bagaimana tertiupnya roh ke dalam daging. Pengalaman yang tak dapat diganti dengan apa – apa pun keterangan. Maka tidak hairanlah kaum lelaki yang paling lantang berdebat tentang soal Tuhan. Kerana   lelaki tidak begitu paham, tidak pernah merasai dan sudah  lupa asal kejadiannya.

Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya ruh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya… ( Shaad :72 ).

                          
                                    

Teruja – ” Abang, baby kita bergerak !… “ Begitulah kata ibu ketika pertama kali kandungannya bergerak. Saat itu, masuklah Roh ke segenggam daging. Ibu menjadi saksi proses itu. Sebuah kebahagiaan dan kerinduan begitu membara didalam sanubari ibu.
Rasa sayangnya meluap-luap memenuhi alam. Ibu faham bahawa roh itu satu walaupun terpisah oleh daging yang bernama ibu dan anak, konsentrasinya hanya pada Sang Penggerak.Ibu akan menjadi komandan utama mengiringi anak kembali kepada Allah.
Bagi ibu, anak adalah wasilah terhebat menuju Tuhan. Karier profesionalnya pun tiada apa-apa jika dibandingkan menjadi ibu. Maka tidak hairanlah jika Rasulullah menyuruh kita untuk berbakti kepada ibu sampai tiga kali lebih  daripada seorang ayah. Syurga pun di bawah tapak kakinya.
Tetapi bagaimanakah kita memahami  hadis syurga berada di telapak kaki ibu ?
Ikatan batin ibu dengan anak memang luar biasa. Memunculkan kerinduan  yang sangat hebat. Ibu dan anak adalah dua sinergi yang bahu membahu saling melepaskan keduniaan demi mencapai makna hidup.
Untuk itu, bersiaplah dicereweti oleh isteri. Anggap sahaja isteri sebagai pelatih profesional dalam menundukkan hawa nafsu kita. Maka tidak hairanlah kenapa setiap proses ijab kabul dimulakan ucapan syahadat. Sebab makna pernikahan adalah menempuh kebaharuan hidup menjadi mahluk yang bersaksi atas proses ketuhanan.

                                 
So, para kaum suami diluar sana, hargailah pengorbanan isteri anda yang melahirkan zuriat  menambah keceriaan rumahtangga anda seisi keluarga.. Selamat Berbahagia *Wink*

Tuesday 28 June 2011

Mencintai Dia Dalam Diam

                   

           Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )   

                            



.
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

                           
.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 ) 


                   

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


                       

Monday 27 June 2011

Indahnya Didoakan Sahabat

Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita. 

                                      

                       
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.

                              
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

                                  

MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.
Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.
Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.
Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.
Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas
Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya...