"semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia Mariam, menjadi wanita faqihah sebijak Aishah, menjadi perempuan tabah, sekukuh hati Asiah, menjadi serikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah, menjadi insan indah seanggun akhlaq RabiatulAdawiyah, menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah, semoga berjaya menjadi perempuan & kekasih idaman setiap kalbu kecintaan Tuhanmu"...
Thursday 18 October 2012
Tepuk Dada Tanya Iman
"Ustaz dah rosak.."Akhir-akhir ini, tersebar dan terbongkar kes penipuan individu bergelar ustaz di facebook. Lalu, golongan ustaz-ustaz samada bakal ustaz, real-ustaz, atau hanya ustaz di muka buku mulai diragukan ke'ustaz'an mereka. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita.
Ada yang kata:-
"Ustaz memang dah tak boleh percaya sekarang."
"Bertopengkan agama."
"Memperalatkan agama."
"Betul ke dia ustaz? Atau dia sendiri
lantik diri jadi ustaz?"
"Ustaz di facebook je pun..mengarut semua tu.."
"Nak mempermainkan wanita je.."
Kes individual jangan dipukul rata pada semua ustaz. Tidak semua ustaz tidak baik. Hanya segelintir sahaja.
Kita boleh periksa sendiri ustaz yang orang panggil-panggil ustaz tu betul atau tidak. Boleh nilai dari cara pengajarannya, majlis ilmunya, nasihat-nasihatnya. Boleh tanya orang-orang yang mengenali ustaz tersebut. Tanya latar belakangnya, pendidikannya, buruk baik dia. Semua tu kita boleh periksa sendiri. Malahan sekarang boleh google nama mana-mana ustaz yang kita mahu di internet. Cari dan baca takut-takut ustaz tersebut ada terlibat kes-kes yang tidak sepatutnya sebelum percaya dan berurusan jual-beli dengan beliau.
Aura paranoid mula terlihat pada institusi dan golongan ustaz sehingga ada yang kata:
"Janganlah pilih ustaz buat suami. Bahaya."
"Ustaz-ustaz ni hipokrit je. Luar baik, perangai macam syaitan sebenarnya."
"Dengan kata lain, say no to ustaz. Kenal boleh, percaya jangan. Jangan kahwini ustaz. Orang biasa more better lah than mereka."
Saya jawab, Islam tidak pula mengatakan, "Kahwinlah kamu dengan ustaz...kahwinlah kamu dengan doktor..kahwinlah kamu dengan jurutera, akauntan...kahwinlah kamu dengan cikgu.."
Tidak. Islam kata, pilih dan dahulukan orang yang beragama dan soleh. Orang itu soleh atau tidak, anda sendiri boleh check dan periksa latar belakang serta tanya akhlaknya dari orang sekeliling yang lama mengenali si dia yang bakal dikahwini itu. Selidik cukup-cukup dulu. Kahwin bukan sehari. Bukannya kenal 2-3 hari terus nak kahwin.
Jangan paranoid tidak tentu arah. Jangan hentam orang yang tak berkaitan. Jangan doubt tak tentu pasal. Masing-masing boleh buat pertimbangan sendiri. Neraca iman kan ada.
Ada ke tak ada iman ni? Tepuk Dada Tanya Iman :)
-Syabab Musafir Kasih-
Wednesday 25 April 2012
Pandanglah Manusia Lain Dengan Penuh Pengharapan
Semenjak kita mengenal apa itu kebaikan dan apa itu keburukan, adakah kita lebih kerap membuat penilaian pada perbuatan orang lain daripada perbuatan diri kita sendiri? Lazimnya, apabila kita melihat orang lain membuat kemungkaran kita terus menghukumkan orang itu sebagai orang jahat, ahli maksiat dan orang yang terlaknat.
Kita lupa memandang pada diri sendiri, seolah-olah kita merasakan bahawa diri kitalah yang lebih baik daripada orang yang kita pandang. Sedangkan hakikatnya, kalau kita mengatakan orang lain itu lebih jahat dari diri kita, sebenarnya kitalah lebih jahat lagi. Kalau pun perbuatan kita tidak sejahat yang mereka lakukan, tapi yang jahat itu adalah hati kita. Kejahatan hati adalah lebih dahsyat daripada kejahatan perbuatan.
Siapakah kita untuk menjadi penghukum? Apakah kita ini sebaik Nabi Musa a.s, Nabi pilihan dan mereka itu sejahat Firaun musuh Tuhan? Sebaik-baik Nabi Musa dan sejahat-jahat Firaun pun, Allah masih mahukan rasulNya itu terus berdakwah kepada Firaun dengan cara yang lemah lembut. Allah masih mahukan sunnah alam terus berlaku, walaupun Dia Maha Tahu bahawa Firaun akhirnya tetap mati dalam kekufuran..
Kalau selama ini kita tegur dengan kekerasan, apalah salahnya kita cuba dengan cara yang lembut. Siapa tahu, dengan cara itu maka Allah berkenan memberinya petunjuk. Pernahkah kita berdoa sesuatu yang baik untuk mereka yang kita namakan sebagai ahli maksiat? Atau selama ini dek kerana saratnya hati kita dengan perasaan benci, kita sanggup menadah tangan memohon kehancuran untuk mereka? Siapa yang lebih jahat kalau bukan orang yang selalu mengharapkan kehancuran untuk orang lain?
Siapa untung, bila mereka ini menjauhi kita sebelum sempat kebenaran Islam itu kita sampaikan. Bagaimana manusia ingin sudi mendengar kebenaran kalau ia kita sampaikan semuanya dalam bentuk kekerasan. Makanan yang lazat pun kalau kita campak atau balingkan ke hadapan orang, akan terbantut selera mereka untuk menjamahnya.
Cuba renungkan kembali kehidupan kita ini. sememangnya tiada seorang pun mahukan hujung hayat mereka diakhiri dengan cara yang terburuk. Tapi tanyakanlah pada hati kita ini, siapa boleh jamin bahawa kita yang kononnya merasa diri sentiasa beramal ibadat ini, akan mati dalam keadaan yang baik? Siapa pula yang boleh jamin bahawa orang yang kita katakan jahat kerana selama hidupnya membuat maksiat itu, hujung hayatnya adalah buruk?
Usahlah diri kita sibuk melihat keburukan orang lain. Pandanglah kepada keburukan diri sendiri. Hukumlah diri sendiri, jangan suka menghukum orang lain. Hidupkan cahaya iman dalam diri agar kegelapan hati dapat kita sinari. Letakkanlah cermin wara’ di hadapan kita supaya dapat kita melihat kesilapan diri kita sendiri. Labuhkanlah tirai Taqwa di sekeliling kita agar kita terlindung daripada memandang keburukan orang lain. Kemudian muhasabahlah diri sendiri. Risaukanlah tentang diri, kerana kita tidak tahu apakah hujung hayat kita nanti akan kekal sebagai husnul khotimah.
Wallahu'alam...
Tuesday 3 April 2012
Surat Cinta Untuk Jodohku
Assalamu`alaikum wr wb.
Demi Dzat yang diriku berada di dalam genggaman-Nya, teraturkan salam cinta yang menjadi keinginan untuk tersampaikan. Salam kemesraan yang senantiasa menjadi harapan dalam nafas hidup dan kehidupan. Sedangkan diriku yang takkan jauh dari garis takdir-Nya, bermunajat tulus atas nama kesetiaan cinta yang membuhul langit kerinduan. Semoga Allah SWT selalu memberikan anugerah cinta-Nya kepadamu dalam afiat.
Lama kita tak bersua. Dan ketika kini kulayangkan kalimat ini, maka kutanyakan perihal dirimu. Tentang bagaimana kabarmu disana? Ini sengaja kutanyakan, mengingat tempat kita yang terpisah dan belum adanya waktu untuk melihatmu secara langsung. Sehingga yang kuinginkan adalah kau selalu dalam anugerah kesihatan dan rahmat-Nya. Setiap hari, senantiasa berada dalam lindungan-Nya.
Dalam putaran roda dunia, aku senantiasa menghaturkan doa tulus kehadrat-Nya untukmu. Mengharap kebaikan yang kerap di anugerahkan kepadaku, menjadi setiap apa yang kau miliki dan juga syukuri. Limpahan yang terselit di setiap nafasku, adalah juga sesuatu yang kerap kau rasakan dalam ketaqwaan. Sehingga kita sama-sama tergabung dalam golongan yang terarah pada kebenaran hakiki.
Seperti biasa, dan memang selalu demikian, maka dalam kerinduan ini ku katanyakan padamu tentang gerak kehidupanmu sehari-hari. Apakah kau tetap penuh perjuangan dalam meniti jalan kebaikan? Lalu, apakah kau juga meletakkan kewajiban terhadap perintah dan larangan-Nya adalah sesuatu yang dicintai? Sehingga kesederhanaan penampilan, kezuhudan hidup, keseriusan dalam tadarus Al-Qur`an dan Qiyamul lail melengkapi kehidupanmu.
Teruslah menyempurnakan hakikat hidupmu, dengan senantiasa mengutamakan istiqomah dalam amal dan perbuatan. Iringi dengan rasa cinta yang menjadi kebiasaan. Hilangkan setiap keperitan peribadi, menuju ketulusan hanya kepada-Nya. Kerana dengan begitulah engkau dan aku akan menyatu dalam keridhaan-Nya.
Tiada lagi yang kuinginkan selain selalu ingin bersamamu. Dan saat kutuliskan surat ini, maka seiring itu pula aura kerinduanmu disana deras menghujani hatimu. Semakin ku cuba menampungnya, maka semakin ia bertambah deras membanjiri ruang hatiku. Sehingga tak pernah mengubati kerinduanku atas dirimu.
Dalam malam yang dingin ini. Dalam malam yang sunyi ini. Ku kirimkan salam cinta rinduku. Sebuah cinta yang senantiasa menembus batas jarak dan waktu. Dan semuanya akan seperti itu, hingga kehadiranmu disisiku menjadi kenyataan.
Sungguh kuingin bertemu denganmu. Tapi bukan bererti ku tak sabar menantikanmu. Kerana kau pun mengetahui, bahawa apa yang sedang terjadi dalam hidup kita kini adalah setiap dari kehendak-Nya. Meski kau dan aku belum pernah bertemu, itu bukan bererti kita takkan pernah bersatu. Bahkan meski kita terpisah di antara lautan, maka takdir Tuhan akan mempertemukannya.
Dimanakah adanya dirimu kini? Apakah memang benar-benar telah hadir di alam dunia ini, atau masih berada di alam batin? Sebab, meski waktu terus berlalu, namun kau tak kunjung tiba. Dan meski begitu kuatnya aku berusaha menemukanmu, maka tetap saja kau tak pernah kutemukan. Bahkan setiap perjuangan yang kulakukan demi mendapatkanmu, selalu terbias dalam mahligai harapan kita.
Apakah dalam perpisahan kita ini kau juga merindukanku? Apakah sekiranya kau mengharapkan untuk segera bertemu denganku? Kerana ketahuilah, bahawa perasaan itu tak pernah luput dari hatiku. Ia kian bertambah besar di setiap harinya di dalam jiwaku. Sehingga takkan ada yang dapat merubahnya, meski godaan dunia terus mendesakku.
Aku pun menyakini, bahawa sebenarnya kau sangat menginginkan kita selalu segera bertemu. Kau juga sangat mengharapkan bahwa cintamu dapat segera melengkapi kehidupanku. Kerana kau dan aku telah sama-sama mengetahui, bahawa cinta kita takkan pernah terbagi kepada selain kita berdua. Sedangkan cinta kepada Ilahi adalah hal yang lebih utama dan pertama di lakukan. Kerana tujuan kita berdua hanya untuk Allah dan Rasulallah.
Kupesankan pada diriku dan dirimu, bahawa cinta yang sejati itu bukanlah mendahului kepentingan peribadi, melainkan diri orang yang di cintai. Bukan pula mendahulukan kesenangan badani, tetapi lebih kepada kesenangan ruhani. Bahkan tidak hanya untuk kepentingan sesaat, namun hanya demi kenikmatan yang abadi, yaitu akhirat. Sehingga, tiada lagi jalan selain meningkatkan keimanan kita dengan dasar perasaan dan pengertian, hingga tibalah diri di puncak keindahan.
Tiada lagi yang dapat kusampaikan dalam kesempatan kali ini. Dan ku tahu kau masih tetap ingin terus mengetahui perasaanku, sebagaimana diriku yang juga ingin terus mengetahuimu. Namun tak berdaya diriku dalam mengatur garis waktu. Sehingga bila kau membaca surat ini, maka balaslah dengan rasa cintamu. Renungkan ia dengan terus meningkatkan rasa cintamu kepadaku yang tidak pernah mengalahkan cinta kepada-Nya. Nantikan perjumpaan kita dengan sikap yang sabar dan penuh cinta. Sebab, dengan begitulah kau dan aku akan benar-benar bersatu dalam kasih-Nya.
Aku mahu kau mengerti bahawa kehidupan kita ini adalah satu perjuangan, perjuangan menuju ke Rabb-Nya.
Friday 27 January 2012
Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan
Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
02 Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
03 Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
04 Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
05 Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
06 Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
07 Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
08 Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
09 Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
10 Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
11 Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
12 Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
Al Quran diangkat
Nama Allah tidak disebutkan lagi
Gempa Bumi Tiga penjuru
Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
Asap dari bumi
Musnahnya Makkah dan Baitullah
Semua Umat Islam dimatikan
Matahari Naik di sebelah Barat
Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
Mahsyar
Dimanakah kita?
Friday 13 January 2012
Halangan Untuk Jadi Baik
Salam saudara/saudari yang dirahmati Allah... Saudara/Saudari tau tak apa-apa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan halangan untuk menjadi baik?
Kalau setakat mahu ayat al-Quran, kita boleh rujuk di beberapa tempat dalam al-Quran. Tapi yang popular dan sering kita dengar menerusi ceramah atau kuliah ustaz-ustaz, tak kiralah dari saluran manapun, ayat 14 daripada surah Ali-Imran sering diperdengarkan.
"Dijadikan terasa indah kepada manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang berlonggok berupa emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik"
Dalam ayat tu kita dah nampak beberapa ujian kepada manusia. Pertama, wanita (ujian bagi lelaki) atau lelaki (ujian bagi wanita). Kedua, anak-anak. Ketiga, harta benda yang bermacam jenis.
Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid... dengan majlis ilmu... dengan ulama... tapi isteri mereka kata, "Abang tak payahlah keluar malam ni. Temanlah Mah (bukan nama sebenar) kat rumah. Mah takut bang."
Ada orang nak mendekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis ilmu, dengan ulama... tapi anak-anaknya merengek, "Daddy... Daddy bila nak bawa kami pergi funfair lagi?"
Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis taklim, dengan ulama... tapi kerana harta, langkahnya tercatu. "Aku sibuk sangat ni. Overtime sampai pukul lima pagi. Esok pukul lapan pagi pulak dah kena punch-card."
Selain itu, kita juga boleh rujuk ayat 24, surah At-Taubah.
"Katakanlah wahai Muhammad: 'Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
Dalam ayat ini pun Allah katakan bahawa penghalang kita itu utamanya datang daripada kaum keluarga dan harta benda kita.
Realitinya memang begitu.
Nak buat maksiat, senang. Bahkan sangat mudah. Tak ada siapa nak bising. Tak ada siapa nak halang. Kadang-kadang siap diberikan layanan istimewa. Diberikan sokongan dan bantuan pula!
Tapi nak buat baik, habis semua orang nak bising. Semua orang pandang kita pelik semacam.
Saudaraku kesemuanya. Mari kita sama-sama melihat kepada dua penghalang utama manusia untuk merangkak kearah kebaikan.
Pertama, hawa nafsu.
Kedua, syubhah atau ragu-ragu.
Golongan yang mengikut hawa nafsu ini Allah rakamkan dalam surah al-Fatihah sebagai golongan yang dimurkai. Mereka ini ialah orang-orang Yahudi. Orang islam yang bermentaliti Yahudi ialah orang-orang yang tahu kebenaran, tahu tuntutan. Bahkan antara mereka ada juga yang alim tapi malangnya mereka tidak mampu untuk beramal. Kenapa?
Saya sering tertanya-tanya. Semua orang tahu solat berjemaah, pahalanya ialah 27 kali ganda berbanding dengan pahala solat sendirian. Sedangkan pahala yang 1 itu pun belum tentu dapat lagi! Tapi kenapa surau-masjid kita tak sepenuh kedai makan? atau stadium?
Ini bukan kerana mereka jahil, tapi kerana mereka punya hawa nafsu yang membelit seperti ular sawa.
Tak mahu beramal. Tak mahu berakhlak.
Kerana diri sukakan dunia. Hawa nafsulah tu!
Ini ialah rentetan daripada kesombongan, kezaliman dan juga banyaknya kita bermaksiat. Bukankah kerana banyak bermaksiat, hati akan jadi mati? Dan kalau hati sudah mati, pasti ia akan membusuk... bernanah serta berulat, lalu menimbulkan kesan yang buruk-buruk sahaja kepada alam keliling.
Maka, satu-satunya ubat bagi penyakit hawa nafsu ini ialah mujahadah. Bersungguh-sungguh lawan keinginan nafsu. Letak dalam otak, bahawa Allah sedang menilai kita dan akan memberikan kita jalan-jalan (bukan satu jalan sahaja) untuk mendapatkan redha-Nya.
Sebagaimana firman-Nya dalam ayat 69 pada surat al-Ankabut: "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik."
Jihad dalam ayat diaatas bukan bermakna perang kerana ayat peperangan turun selepas turunnya ayat itu. Maka jihad yang dimaksudkan itu ialah kita bersungguh-sungguh mencari jalan untuk pulang kepada-Nya.
Saya suka melantunkan ayat ini di dalam hati, 'Fafirru illallah'- Berlarilah kepada Allah! Kerana fitrah orang yang berlari ialah jasadnya akan sentiasa berada di hadapan. Ini bermakna orang yang berlari kepada redha-Nya ialah orang 'will never turn back to Jahiliyyah'.
Baiklah. Ringkasnya, begitu.
Kedua, yang menghalang manusia mendekati makruf ialah kerana syubhah- keraguan, syak, atau kejahilan.
Ini ialah orang kristian. Mereka Allah umpamakan sebagai golongan yang sesat, yang mana mereka tidak bertemu dengan jalan kebenaran. Mereka ialah orang yang terkeliru. Yang benar, mereka katakan sebagai salah tapi yang salah mereka anggap sebagai kebenaran sampaikan tahap mereka sanggup menyembah manusia!
Itulah dia ciri-ciri manusia yang jahil dan ragu-ragu.
Penawar bagi sakit ini cuma satu- menuntut ilmu. Jika kita sudah 'clear' tentang hakikat, insya-Allah kita akan lebih terdorong dan terlorong untuk beramal soleh, seterusnya menjadi hamba-Nya yang rabbani.
Berubah Ke Arah Kebaikan
Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.
"Siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,"
Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Halaqah, Semanis Kurma, 30 Minit Bersama Ustaz Don, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Ada orang meninggalkan kebaikan kerana takut riak.
Bolehkah riak dihapuskan dengan meninggalkan amal?. Sebenarnya
riak boleh dihapuskan dengan memperbetulkan niat. Niat hanya boleh hadir
dengan memperbetulkan matlamat hidup hanya untuk Allah,
tiada syirik
padanya..
Matlamat hidup boleh disetkan dengan
memahami siapa kita siapa Allah,
apa dunia apa akhirat...
Wallahu'alam...
Subscribe to:
Posts (Atom)