Thursday 18 October 2012

Tepuk Dada Tanya Iman

 






"Ustaz dah rosak.."Akhir-akhir ini, tersebar dan terbongkar kes penipuan individu bergelar ustaz di facebook. Lalu, golongan ustaz-ustaz samada bakal ustaz, real-ustaz, atau hanya ustaz di muka buku mulai diragukan ke'ustaz'an mereka. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita.


Ada yang kata:-

"Ustaz memang dah tak boleh percaya sekarang."
"Bertopengkan agama."
"Memperalatkan agama."
"Betul ke dia ustaz? Atau dia sendiri
lantik diri jadi ustaz?"
"Ustaz di facebook je pun..mengarut semua tu.."

"Nak mempermainkan wanita je.."

Kes individual jangan dipukul rata pada semua ustaz. Tidak semua ustaz tidak baik. Hanya segelintir sahaja.

Kita boleh periksa sendiri ustaz yang orang panggil-panggil ustaz tu betul atau tidak. Boleh nilai dari cara pengajarannya, majlis ilmunya, nasihat-nasihatnya. Boleh tanya orang-orang yang mengenali ustaz tersebut. Tanya latar belakangnya, pendidikannya, buruk baik dia. Semua tu kita boleh periksa sendiri. Malahan sekarang boleh google nama mana-mana ustaz yang kita mahu di internet. Cari dan baca takut-takut ustaz tersebut ada terlibat kes-kes yang tidak sepatutnya sebelum percaya dan berurusan jual-beli dengan beliau.

Aura paranoid mula terlihat pada institusi dan golongan ustaz sehingga ada yang kata:

"Janganlah pilih ustaz buat suami. Bahaya."
"Ustaz-ustaz ni hipokrit je. Luar baik, perangai macam syaitan sebenarnya."
"Dengan kata lain, say no to ustaz. Kenal boleh, percaya jangan. Jangan kahwini ustaz. Orang biasa more better lah than mereka."

Saya jawab, Islam tidak pula mengatakan, "Kahwinlah kamu dengan ustaz...kahwinlah kamu dengan doktor..kahwinlah kamu dengan jurutera, akauntan...kahwinlah kamu dengan cikgu.."

Tidak. Islam kata, pilih dan dahulukan orang yang beragama dan soleh. Orang itu soleh atau tidak, anda sendiri boleh check dan periksa latar belakang serta tanya akhlaknya dari orang sekeliling yang lama mengenali si dia yang bakal dikahwini itu. Selidik cukup-cukup dulu. Kahwin bukan sehari. Bukannya kenal 2-3 hari terus nak kahwin.

Jangan paranoid tidak tentu arah. Jangan hentam orang yang tak berkaitan. Jangan doubt tak tentu pasal. Masing-masing boleh buat pertimbangan sendiri. Neraca iman kan ada.

Ada ke tak ada iman ni? Tepuk Dada Tanya Iman :)






-Syabab Musafir Kasih-